Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Purple espressione




a little bit pious =)
Sunday 18 December 2011 | 03:06 | 0 comments
Sahabat. Skopnya meluas. Jika dikembangkan, ibu ayah boleh menjadi sahabat, isteri boleh dijadikan sahabat, anak-anak pun boleh. Dan, percaya atau tidak, syaitan pun boleh kita jadikan sebagai sahabat. Pilihlah yang mana satu pilihan kalbu.

Sesungguhnya, hidup kita di dunia bukan seorang. Tidak mungkin kita dapat hidup tanpa orang lain. Tidak mungkin kita bertahan hidup bersendirian. Mungkin boleh hidup. Namun, bahagiakah? Tiada berteman. Tiada bersahabat? 

Dengan bersahabat, kita rasa bahagia. Masakan tidak. Ada orang yang bertanya khabar, menasihati, membakar semangat, berkongsi pendapat dan lain-lain

Sahabat membawa pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Jika anda fikirkan, kebanyakan pelajar, akan meluangkan masa yang lama bersama kawan-kawan berbanding dengan keluarga. 

Jika sekolah berasrama, yang senior itulah abang, yang junior itulah adik. Warden yang garang tulah ayahanda, guru wanita itulah ibunda.

Senior saya disekolah dulu menyambut kami dengan ungkapan "Ahlan Wasahlan" yang membawa maksud jadilah ahli kami dan bersenang-lenanglah. Sangat mendamaikan. 

Saya masih tersentuh. Jika bertemu sahabat-sahabat lama sekolah, pasti kami akan berpelukan, meskipun sudah lama berpisah. Dan, sahabat-sahabat sekarang tidak perlu bertanya: Solah, siapa tu? 

Pemilihan rakan untuk menjadi sahabat itu amat penting. Rasulullah s.a.w bersabda: 

Sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang, maka bertanyalah kepada jirannya (sahabatnya)

Nah, pentingkan memilih sahabat? Sahabat yang baik ialah mereka yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah. Kita bina ukhuwwah itu atas dasar iman. Saling lengkap melengkapi-takmil wa istikmal. 

Sahabat saya disekolah dulu berpesan: 

Semakin lama kita berkawan dengan seseorang, semakin kita kenal baik buruknya. Terimalah seadanya. Janganlah kamu mengeluh dan menyebarkan keburukan sahabat kamu. Lengkapkan kelemahannya. Tolonglah dia menunjukkan kekuatannya.

Sahabat yang baik ialah mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah. Imbalan ikatan ini ialah naungan di akhirat.

Older Post | Newer Post